Sunday 10 November 2013

My Story Part 1

 Bersyukur dengan apa yang kita miliki.... kerana apa yg ada bukan milik kita... hanya pinjaman di muka bumi ini..  berusaha selagi mampu dan seterusnya berserah kepada ketentuanNya.... 

Kehidupan.. adakalanya suka dan duka. Perasaan kasih sayang, mencintai dan dicintai adalah anugerah dariNya. Aku cuba untuk melupakankannya namun kadang kala masih teringatkannya. Dua sebab kita dipertemukan dengan seseorang.. samaada dia UJIAN untuk kita ataupun dia JODOH kita. Dia adalah UJIAN aku dan sesungguhnya aku redha dengan ketetapanMu. 

"Ya Allah.. Seandainya telah Engkau catatkan dia miliku.. tercipta buatku.. satukanlah hatinya dengan hatiku.. titipkanlah kebahagian antara kami agar kemesraan itu abadi..

Ya Allah ya Tuhan Yang Maha Mengasihani .. seiringkan kami melayari hidup ini, ketepian yang sejahtera & abadi, maka jodohkanlah kami.. tetapi Ya Allah .. seandainya telah Engkau takdirkan dia bukan milikku, bawa dia jauh dari pandanganku, luputkan dia dari ingatanku dan peliharalah aku dari kekecewaan...

Ya Allah yang Maha Mengerti, berikanlah aku kekuatan, menolak bayangannya jauh ke langit, hilang bersama senja yang merah, agar aku sentiasa tenang, walaupun bukan bersamanya..

Ya Allah Yang Tercinta..pasrahkanlah aku dengan takdirmu, sesungguhnya apa yang Engkau takdirkan adalah yang terbaik untukku..

Aamiin.. Ya Rabbal Alamin.."








No comments:

Post a Comment